Home Artikel PAS Perak

Mukhayyam As-Sabiqun Perak Eratkan Ukhuwwah Bersama

72 views
SHARE

GERIK- Assabiqun Perak telah mengadakan Mukhayyam As-Sabiqun di Tasik Banding, Gerik pada 20 Februari lalu.

Penyertaan dari ahli As-Sabiqun Perak membuktikan bahawa semangat juang bersama PAS tidak pernah luntur bahkan terus membara.

Pengalaman yang dilalui bersama PAS satu ketika dahulu telah berjaya melahirkan generasi muda hari ini sehingga terus berkhidmat setiap peringkat sama ada cawangan dan kawasan.

Penganjuran program tersebut adalah satu usaha memastikan nilai tarbiyyah yang merupakan antara dasar perjuangan PAS kerana PAS satu-satunya pasti dengan memiliki tiga teras utama iaitu dakwah, tarbiyyah dan siasah.

Di sepanjang program ini diisi oleh Ustaz Mustaffa Saari dan Ustaz Norazli Musa.

Turut serta bersama Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Razman Zakaria.