Dewan Muslimat PAS Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh petugas medik dan para-medik atas segala pengorbanan membantu merawat pesakit COVID-19.c
Di samping itu , tidak dilupakan semua petugas barisan hadapan perkhidmatan kesihatan yang juga sangat penting dalam mengesan dan membuat saringan ke atas pesakit-pesakit yang berisiko tinggi terkena wabak itu.
Dewan Muslimat PAS Negeri Perak ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia agar mematuhi segala arahan dan nasihat yang telah dikeluarkan oleh YAB PM semalam untuk memulakan Perintah Kawalan Pergerakkan mulai 18hb hingga 31hb Mac 2020.
Dewan Muslimat PAS Negeri Perak ingin mengajak semua umat Islam khususnya teruskan berdoa dan mengadu kepada Allah swt untuk menyembuhkan semua pesakit dan menghilangkan wabak virus ini.Bersamalah kita memohon keampunan daripada Allah swt atas kelalaian kita selama ini dalam mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan.
Akhirnya, Dewan Muslimat PAS Negeri Perak juga mengharapkan kerajaan Perikatan Nasional Perak yang diketuai oleh YAB Dato Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu dapat segera membantu melicinkan pentadbiran negeri ini setelah kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.
“Majulah Negeri untuk Rakyat Perak”
“Islam memimpin, rakyat Sejahtera”
“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera.”
Dr Hjh Najihatussalehah bt Ahmad.
Ketua,
Dewan Muslimat PAS,
Negeri Perak.