Takziah Buat Ahli Keluarga Imam Masjid Alam Shah.
ALAM SHAH, 12 Mac – Imam Masjid Alam Shah yang juga mantan Bilal Masjid Negara, Osman bin Ahmad, telah kembali ke rahmatullah pagi semalam di Wisma Masjid Alam Shah kerana serangan sakit jantung.
Pengurusan memandikan dan menyembahyangkan jenazah dilaksanakan di Masjid Alam Shah selepas Solat Zohor. Pengurusan memandikan jenazah dipimpin oleh Haji Abu Baker, Pengerusi Lajnah Kebajikan Kemasyarakatan (LKK) PAS Wilayah Persekutuan. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang.
AJK PAS Kawasan Titiwangsa turut hadir dalam pengurusan jenazah dan penyerahan sumbangan. Antaranya ialah Haji Yaccob Omar, Timbalan YDP PAS Kawasan Titiwangsa, Azmer Syazwan, Setiausaha, Hedzer Ibrahim, Pengarah JPRP, Sharifah Rashida Syed Idrus, Ketua Dewan Muslimat dan Cikgu Yusoop, Pengerusi LKK PAS Kawasan Titiwangsa.
AJK PAS Kawasan Titiwangsa turut menyampaikan sumbangan kepada isteri arwah, Puan Khadijah bt Othman, 50 tahun. Arwah meninggalkan 14 orang anak (7 orang daripadanya adalah anak Puan Khadijah).
Semoga Allah merahmati arwah dan menempatkan rohnya bersama orang yang soleh.
إنَّا لِلَّهِ وَإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُون
اللهم اغْفِرْ له وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْف عَنْه ، وَأَكْرِمْ نُزُلَه وَوَسِّعْ مُدْخَلَه، وَاغْسِلْه بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْه دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِه وَأَهْلا خَيْرًا مِنْ أَهْلِه , وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِه , وَأَدْخِلْه الْجَنَّةَ، وَأَعِذْه مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
اَللَّهـُمَّ اجْعَلْ قَبْرَه رَوْضَةً مِن رِيَاضِ الْجَنَّةِ، وَلَا تَجْعَلْه حُفْرَةً مِنْ حُفَرِ النَّارِ
الفاتحه.