Home Berita PAS Sabah

PASTI Putatan Komited Tingkatkan Kualiti Perkhidmatan

880
SHARE

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), merupakan salah satu pusat pendidikan awal kanak-kanak berteraskan Islam, kelolaan Dewan Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS), yang menjadi pilihan ramai ibu bapa di seluruh Malaysia, telah menunjukkan peningkatan dari aspek jumlah murid dan pembukaan cawangan baru setiap tahun.

Seiring dengan perkembangan ini, PASTI Kawasan Putatan kini sedang giat membuat persediaan bagi menghadapi sesi persekolahan tahun 2020 yang kini telah masuk bulan yang kedua.

Pelbagai bentuk persediaan sedang dan telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan PASTI Kawasan Putatan, dalam usaha untuk meningkatkan kualiti dari pengurusan organisasi, pencapaian akademik murid, kualiti kemahiran dan profrsionalisme tenaga pengajar dan keselesaan premis.

Dalam hal ini, Pengarah Jabatan PASTI Kawasan Putatan, Yusrizal Anuar berkata, “pihak pengurusan akan memastikan kualiti perkhidmatan PASTI terus ditingkatkan dalam pelbagai aspek pada tahun ini dan pada masa akan datang.”

Beliau menambah, beberapa program telah dilaksanakan, seperti penyertaan guru dalam kursus meningkatkan kemahiran mengajar, kursus pengurusan kewangan, temuduga pengambilan guru baru, projek keceriaan premis dengan mengecat dinding premis dan 2 lagi PASTI yang baharu kini sedang mula beroperasi, iaitu PASTI As- Sa’adah di kawasan Ketiau, Putatan dan PASTI Ar-Raudhah Kepayan.

Penambahan itu menjadikan sebanyak 7 buah PASTI yang beroperasi di sekitar kawasan Putatan, iaitu PASTI Ar-Raihan Petagas, PASTI Al-Hijrah Taman Ceriamas, PASTI Al-Fathonah Pasir Putih, PASTI As-Sa’adah Ketiau, PASTI Al-Hikmah Taman Sempelang Sembulan, PASTI As-Syakirin dan PASTI Ar-Raudhah Kepayan.