Home Berita PAS Pulau Pinang

MGP Nibong Tebal Ziarah Keluarga Mangsa Lemas

2679
SHARE

Oleh : LEA BAIDURI

NIBONG TEBAL : 18 Februari 2018, Isnin

Hajat seorang anak ingin menghadiahkan minyak wangi semperna hari lahir ibunya hari ini tidak kesampaian apabila beliau ditemui lemas oleh rakan-rakannya semasa mandi di kolam renang Bukit Larut, Perak pagi kelmarin.

Mangsa Mohd Faisal Azhar 18, pelajar STAM di sekolah Menengah Agama Maahad Al-Mashoor , Balik Pulau adalah seorang pintar dan amat disenangi oleh rakan-rakan dan guru jesteru kehilangannya amat dirasai, ini dapat dilihat kehadiran guru-guru dan rakan sekolah membanjiri ruang dan perkarangan Surau Al-Ikhwan bagi menyempurnakan solat jenazah malam tadi.

Menurut ibunya Suzana Yusuf, guru PASTI Elit Bandar Tasek Mutiara, kali terakhir beliau bertemu Allahyarham pada minggu lepas, anaknya itu sempat meminta izin untuk bermalam dirumah kawan dan berkelah di Bukit Larut berjanji akan pulang pada hari Ahad (semalam) dan menyambut hari ulang tahun kelahiran ibunya hari ini.

Menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah, Majlis Guru Pasti (MGP) Kawasan Nibong Tebal hadir menziarahi keluarga mangsa jam 10 pagi tadi di Bandar Tasek Mutiara dan memberikan sedikit sumbangan sebagai keprihatinan MGP dalam setiap musibah yang menimpa guru-guru Pasti.

Turut hadir, ahli jawatankuasa PAS Kawasan dan Dewan Muslimat Kawasan.