Kenyataan Media
Ambil Tindakan Tegas Terhadap The Star
Tindakan akhbar The Star pada 27hb Mei 2017 meletakkan gambar umat Islam Solat Tarawih di bawah tajuk berita muka depan “Malaysian Terrorist Leader” benar-benar menguris perasaan umat Islam yang mengerjakan Solat Tarawih sepanjang Ramadhan ini. Ia seolah menggambarkan Solat Tarawih yang menjadi amalan tahunan umat Islam seluruh dunia adalah punca kepada keganasan.
The Star perlu segera memohon maaf kepada umat Islam atas sikap yang tidak cermat dalam menjaga sensitiviti umat Islam. Tindakan disiplin perlu diambil terhadap Ketua Pengarang yang gagal mengambil kira sensitiviti gambar seumpama ini.
Pihak berkuasa menerusi Kementerian Dalam Negeri juga perlu mengambil tindakan tegas sebagai pengajaran bagi media yang akhiran ini dilihat tidak sensitif dengan isu-isu agama.
Sekian
Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
28hb Mei 2017
{jathumbnail off}