Home Berita PAS Selangor

Selamat Tahun Baru Cina 2018 – Ameerah Selangor

1771
SHARE

Ameerah Selangor mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Cina di Malaysia. Kehadiran perayaan bagi menyambut tahun baru mengikut kalendar lunar Cina merupakan perayaan kebudayaan yang disambut meriah bersama ahli keluarga.

Kepelbagaian bangsa dan agama di Malaysia merupakan keunikan yang perlu dipelihara dengan sifat toleransi dan hormat menghormati sesama manusia.

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Al Hujurat: 13)

Sesungguhnya penciptaan kepelbagaian ini tidak untuk mencetuskan permusuhan tetapi untuk saling berkenalan dan tolong menolong dalam menunaikan tanggungjawab dan keperluan.

Diharapkan dengan kehadiran Tahun Baru Cina bagi masyarakat Cina akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, menyatukan perpaduan dan semoga bertambah rezeki dan kemakmuran.

Women shi “Ameerah Selangor” de xuesheng zhu nu xin nian kuaile

Gong Xi Fa Cai

Siti Nadirah Khalid,
Pengarah Ameerah Selangor

15 Februari 2018
29 Jamadilawal 1439