Home Berita PAS Wilayah

Pemuda Setiawangsa Santuni Kaum Tiong Hua

872
SHARE

SETIAWANGSA, 11 Febuari – Dewan Pemuda PAS Kawasan Setiawangsa bersama Dewan Pemuda PAS WP meneruskan agenda bersama rakyat dengan turun padang ke Pekan Ayer Panas, Setapak melakukan program Edaran Limau Mandarin sempena Perayaan Tahun Baharu Cina jumaat ini, 16 Febuari 2018.

Program Edaran ini dijadikan salah satu aktiviti PAS untuk meningkatkan kemesraan dengan masyarakat Tiong Hua khusususnya dan dapat mewujudkan perpaduan nasional di kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum sesuai dengan tuntutan ugama..

PAS memilih Pasar Awam Ayer Panas yang sabagai kunjungan kali ini kerana ianya merupakan pasar pilihan utama masyarakat Cina di Parlimen Setiawangsa.

Kempen Santun Rakyat ini diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Setiawangsa, Ust Ubaid Abd Akla dan Pimpinan Pemuda Dewan Pemuda PAS WP.

Sambutan masyarakat terutama dari masyarakat bukan islam kaum tiong hua amat positif dan dapat mengambarkan kebersamaan mereka bersama PAS.

PAS Kawasan Setiawangsa akan terus mengadakan siri Kempen Santun Rakyat seumpama ini sebagai salah satu wadah interaksi dan dakwah PAS dengan komuniti Setiawangsa.

-Jabatan Penerangan PAS Kawasan Setiawangsa-