Home Berita PAS Negeri Sembilan

Tips : 4 Perkara Jadikan Hidup Kita Lebih Baik Tahun 2020

927
SHARE

“Apakah hukum darah nyamuk terkena pada tubuh (untuk ibadah)?”

Seseorang bertanya kepada Abdullah ibn Umar R.anhuma.

Ibn Umar bertanya “Kamu dari mana?”

“Dari Iraq”.

Lantas Ibnu Umar terus menjawab dengan tegas “Lihatlah orang ini! Dia bertanya tentang darah nyamuk. Sedangkan mereka telah menumpahkan darah cucunda Nabi SAW (Husain ibn Ali R.anhuma)!

Kisah ini ada beberapa pedoman dan hukumnya. Tapi apa yang nak ditekankan di sini ialah soal KEUTAMAAN.

Dua dua isu hukum. Tapi kita pun boleh fikir yang mana lebih utama. Yang mana isu besar, yang mana isu kecil. Yang mana isu khilaf, yang mana isu sepakat.

Tapi isu keutamaan ini timbul, bila kita nak ukur antara dua perkara baik. Bukan satu baik, satu lagi tidak. Bukan yang satu berpahala, satu lagi berdosa.

Bila isu ketegangan (belum perang) Iran-Amerika, ‘bushfire’ di Australia tidak setular KRT (krisis rumah tangga) orang lain, itu bukan lagi soal keutamaan. Ini soal kesedaran. Mereka tak sedar. Dibuai mimpi. Hidup bagai mimpi bak kata K-Clique.

Mujurlah takda yang lalu di papan muka Facebook saya. Walaupun tular posting rumah tangga tu dah cecah berpuluh ribu. Ya tuan tuan, berpuluh ribu. Tu belum cerita yang dok membawang dengan isi rumah sendiri. Dalam keadaan tak tahu ceritanya; siapa benar siapa salah.

Terasa sesak dada. Ayuhlah semua, biarlah tahun 2020 ini, kita sama-sama:

1. Tulis benda yang bermanfaat. Tak mampu tulis, tekan sahaja ‘share’ dari ilmuan dan rakan-rakan kita itu.

2. Kemaskini berita. Medsos ini hanya akan tunjuk apa yang kita minat, bukan apa yang kita perlu tahu. Jadi perlu explore dalam portal berita untuk tahu dunia pada hari ini.

3. Tak semua isu kita kena ulas. Ada yang kita kena baca dan faham, tanpa ulas. Jauhi perangai ‘ruwaibidhah’.

4. Belajarlah menyusun keutamaan dalam hidup. Ilmu itu luas, tapi umur kita terbatas. Carilah ilmu yang manfaatnya seluas dunia akhirat.

Telefon anda pintar, tapi pintarkah anda? (Iklan)

Farid Hadhari
Dunia tempat menanam bukan meracun

Sumber: Facebook

Penulis merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan.