Seramai 18 orang tua Cina disantuni oleh rombongan pemuda PAS WP & Setiawangsa yang diketuai oleh Naib Ketua DPPWP, Ustaz Ubaid Hj Akla yang juga Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional DPPWP, turut hadir bersama Exco Dakwah DPPWP, Ustaz Anas Fitri dan saff kepimpinan Exco DPPK Setiawangsa.
Rumah warga emas ini menempatkan orang tua Cina yang uzur dan tidak dipedulikan keluarga. Mereka menyambut kehadiran kunjungan ini dengan senyuman mesra.
Walaupun mereka sudah uzur namun mereka tetap ramah berbual dengan rombongan pemuda. Terpancar keceriaan diwajah mereka apabila menerima pelawat yang sedikit sebanya dapat menghiburkan hati mereka dikala usia senja ini.
Sebelum pulang, pihak rombongan menyerahkan Goodies Bag kepada seluruh warga penghuni Rumah Warga Emas Chan bagi meraikan mereka sempenan Tahun Baru Cina yang bakal kunjung tiba. Sumbangan barangan keperluan harian seperti beras,minyak, gula, susu, sabun dan sebagainya turut diserah kepada Encik Alex Chan yang merupakan Pengurus rumah tersebut. Maklumat yang kami terima, rumah ini tidak menerima apa apa bantuan daripada pihak kerajaan. Mereka mengusahakan rumah ini dengan inisiatif sendiri atas kesedaran membantu kaum mereka yang diabaikan oleh anak anak.
Harapan kami kunjungan ini akan berterusan di masa depan bagi mengerat hubungan antara kaum terutama mereka yang sudah uzur dan tidak mempunyai siapa siapa lagi dalam kehidupan.
– Anjuran : LPN DPPWP & DPPK Setiawangsa.