Oleh: Basith Samad
4 Januari 2020
KINABATANGAN – Seramai 21 pelajar dari 14 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Paris 3, di sini hari ini menerima sumbangan daripada PAS Kinabatangan bagi meringankan beban masing-masing.
Penyelaras Dun Kuamut, PAS Kinabatangan, Jumaidin Lakalla berkata, sumbangan yang disalurkan berbentuk barang keperluan persekolahan dan pakaian bagi kegunaan mangsa.
“Kami sangat bersimpati dan prihatin dengan nasib mereka yang ditimpa musibah dan berharap mereka terus bersabar. Dengan sumbangan ini diharap dapat meringankan beban keluarga yang terlibat.”
“Kami berterima kasih kepada semua penyumbang dari pelbagai pihak yang memberi amanah untuk kami sampaikan kepada mangsa kebakaran disini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Dalam masa yang sama, beliau sempat menyampaikan pesanan dan kata-kata semangat kepada semua pelajar dan keluarga mangsa yang terlibat agar tidak berputus asa dengan ujian dihadapi kerana Allah telah berjanji setiap kesukaran disertai kemudahan.
Turut bersama menyampaikan sumbangan, Naib Yang Dipertua PAS Kinabatangan, Azrin Malikulafdal, Ketua Dewan Muslimat PAS Kinabatangan, Salmiati Sulta bersama barisan ahli jawatankuasa PAS Kinabatangan.
Sebelum itu, kami dilaporkan sebanyak 14 buah rumah musnah dalam kebakaran menyebabkan lebih 70 penduduk tingal sehelai sepinggang akibat daripada kejadian di Kampung Paris 3 pada awal pagi 31 Disember 2019 yang lalu.