Home Berita PAS Wilayah

Perutusan Sempena Tahun Baru 2020

673
SHARE

Alhamdulillah kita dapat menempuh tahun 2019 yang penuh dengan isu-isu khususnya berkaitan pemerintahan PH yang sehingga kini masih banyak yang belum dapat diatasi sebaiknya.

PAS WP menyeru kepada semua kaum agar bersatu menghadapi kemeseletan ekonomi yang dijangka pada 2020 akibat ketidakcekapan pemerintahan kerajaan PH.

PAS WP juga komited dalam usaha membantu masyarakat ke arah pengagihan kekayaan negara secara saksama menurut Islam dan bukan berlandaskan sifat perkauman.

PAS WP melihat bahawa hanya Islam dapat memimpin perpaduan ummah ke arah menjamin keadilan buat semua.

Hal ini kerana Islam adalah sebuah sistem hidup yang menyeluruh serta menjamin kestabilan dan keamanan negara.

PAS WP juga akan memastikan kelestarian kehidupan rakyat khususnya di WP melalui peruntukan kerajaan sekiranya diberi peluang memerintah pada PRU akan datang.

Akhirnya, besar aspirasi PAS WP agar Tahun Baru 2020 memberi sinar baru kepada semua rakyat Malaysia dan keadilan untuk semua dari segala aspek dapat dicapai

AZHAR BIN YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS WP
Selasa 31 Disember 2019