Oleh ROSLI ABDUL JABAR
Tiada apa yang diharapkan oleh Nek Besah kecuali cucunya Aisyah sembuh, diusianya dah hampir 70an, dia diberikan kesihatan oleh Allah swt, mungkin kerana doa dan keberkatan dari Allah kerana menjaga cucunya seorang anak yatim piatu yang tidak sihat.
Aisyah masih lagi sedemikian, walaupun ada perubahan sedikit demi sedikit namun Aisyah tidak seperti ketika ayah dan ibunya, Aruah Cikgu Amri dan Ustazah Zaiton masih ada. Dia anak tunggal pastinya ditatang sepenuhnya, tidak ada secalar parut pun ditubuh Aisyah dan Aisyah pula seorang pelajar pintar sejak di sekolah rendah dan telah khatam Al Quran sejak berusia 5 tahun lagi.
Tahun 1981 di kala usia Aisyah 21 tahun, Nek Besah pula telahpun mencecah 70 an, Nek Besah telah mendapat surat dari Tabung Haji, nama Nek Besah telah tersenarai sebagai salah seorang yang bakal menunaikan Haji pada tahun tersebut. Nek Besah pernah menolaknya sebelum ini, kerana menjaga Aruah suaminya yang sakit.
Setahun selepas suaminya meninggal, Nek Besah terpaksa pula menjaga Aisyah, hatinya begitu ingin untuk menunaikan Haji, namun wajah Aisyah bergentayangan dimindanya, tidak mungkin dia boleh meninggalkan cucunya dalam keadaan sedemikian, sementelah Aisyah tidak mungkin mahu tinggal dengan orang lain. Pernah Nek Besah cuba tinggalkan Aisyah dengan bapa saudaranya hanya semalaman, dia lansung tak keluar dari bilik, makan minum pun tidak.
“Umur Nek dah tua, tawakkal pada Allah, InsyaAllah, Nek pergi je”, kata Ustaz Razak kepada Nek Besah ketika dia minta pandangan dan nasihat dari Ustaz Razak seorang kakitangan Tabung Haji. Harta peninggalan Ayah dan Ibu Aisyah juga duit Amanah Raya Aisyah lebih mencukupi untuk Aisyah turut menunaikan Haji, malahan Aisyah juga memiliki akaun Tabung Haji yang telah dibuat oleh Aruah bapanya dulu.
“Macamana kalau Nek bawa Aisyah sekali untuk tunaikan Haji?, tanya Ustaz Razak, “Wajah Nek Besah tiba-tiba bercahaya, kerana dia tidak terfikirkan begitu, “boleh ke”?, tanya Nek Besah, “Nek cuba buat permohonan dulu, masa masih ada, saya akan bantu untuk permudahkan, kalau lulus nanti InsyaAllah Aisyah akan bersama Nek untuk menunaikan Haji”, kata Ustaz Razak.
“InsyaAllah Ustaz, kalau Aisyah dapat pergi bersama saya, bolehlah saya menunaikan Haji tahun ni, kalau dia tak dapat pergi, tak mungkin saya pergi Ustaz, dia tak nak tinggal dengan orang lain”, ujar Nek Besah.
“Nek nak bawa Aisyah tunaikan Haji”, kata Nek Besah, “Aisyah ikut Nek ya”, Aisyah angguk dan sedikit senyum. “Alhamdulillah, mulai minggu depan kita kena pergi ke Masjid Bandar setiap sabtu dan ahad untuk kursus haji ye”, Aisyah angguk.
“Takpe, biar saya hantar Nek dan Aisyah ke Pondok bas, Nek dan Aisyah naik bas ke Masjid Bandar nanti petang saya ambil”, ujar Latif ketika pernah satu hari, anak Nek Besah ada tugasan diluar dan tidak dapat menghantar Nek Besah dan Aisyah ke Masjid Bandar untuk kursus Haji. “Camana Aisyah, best tak naik lori buruk aku?”, tanya Latif sambil ketawa “best juga”, kata Aisyah.
Terpaku Nek Besah, tak sangka Aisyah boleh menjawap pertanyaan Latif, kerana Aisyah tak pernah bersuara dengan siapa pun kecuali dengan dirinya, malahan Ustaz-Ustaz yang mengendalikan kursus Haji pun sering bertanya pada Aisyah namun dia tetap tunduk dan membisu. Ketika turun dari lori ikan berkepala merah kepunyaan Latif, sekali lagi Nek Besah terkejut bila Aisyah ucapkan “Terima kasih bang Latif”.
Penulis ialah
Pesuruhjaya PAS Pahang
Adun Tanjung Lumpur