Oleh: Muhammad Hadi
ARAU : Program Tarbiyah Anak PAS (ProtaPAS) anjuran Jabatan Pembangunan Remaja Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis telah berlangsung pada 14 hingga 15 Disember lalu di Madrasah Diniah Islamiah (MADI) dekat sini.
Dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Remaja Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis, program berkenaan disertai seramai 30 orang peserta.
Pelbagai aktiviti telah dilalui oleh para peserta meliputi aktiviti dalam bilik darjah serta aktiviti luar.
Menurut Pengarah Jabatan Pembangunan Remaja DPPNPs Zulfahmi Abd Halim, matlamat utama ProtaPAS adalah bagi mengumpul dan mentarbiyah anak-anak ahli PAS di samping mewujudkan ikatan yang kukuh antara mereka.
“Menerusi aktiviti-aktiviti yang dilalui, para peserta telah mendapat gambaran dan kefahaman tentang perjuangan ibubapa mereka di dalam jemaah dan adalah diharapkan suatu masa nanti mereka inilah yang akan mewarisi perjuangan tersebut,” katanya ketika dihubungi.
Rara-rata peserta yang ditemui menyifatkan program berkenaan sebagai amat menyeronokkan selain memberikan banyak pengetahuan baru kepada mereka.