Home Kenyataan Media PAS Johor

UCAPAN TAKZIAH DI ATAS KEMATIAN MUHD DANIS IRFAN

1490
SHARE

Assalamualaikum dan salam khidmat

1. KHIDMAT MALAYSIA Negeri Johor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Muhd. Danis Irfan yang telah meninggal dunia akibat lemas setelah tergelincir ke dalam parit di hadapan rumahnya di Kampung Parit Haji Dol Salam, Sungai Linau, Simpang Renggam hari ini.

2. Dilaporkan bahawa allahyarham yang berusia 16 tahun telah terjatuh ke dalam parit sedalam 4.26 meter kira-kira pukul 2 petang  tadi.

3. Kejadian ini sudah tentulah sesuatu yang menyayatkan hati kita. Justeru KHIDMAT MALAYSIA menasihatkan nasihatkan agar semua penduduk yang terlibat dengan bencana banjir supaya lebih berwaspada dan berhati-hati supaya kejadian seperti ini tidak berlaku lagi. Para ibubapa perlu memerhatikan pergerakan anak-anak agar tidak membahayakan diri masing-masing.

Sekian, wassalam.

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Pengerusi KHIDMAT MALAYSIA Negeri Johor
20 Rabi’ul Akhir 1441 bersamaan 17 Disember 2019