Muslimat PAS Komited Menghidupkan Al-Quran Harmonikan Ramadhan
Moga kita dirahmati Allah SWT, Apa keistimewaan dan kebaikan bertadarus?? Apakah tadarus hanya ada amalannya di bulan ramadhan seperti berterawikh?? Bismillah Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah SAW, Amalan tadarus telah dijelaskan dalam Sunnah Rasulillah SAW, antaranya: Dari Ibn Abbas r.a., katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. seorang yang sangat-sangat pemurah (dan sentiasa bersedekah), lebih-lebih lagi kemurahannya dan sedekah pemberiannya dalam bulan Ramadhan, ketika malaikat Jibril datang menemuinya.
Baginda ditemui oleh Jibril tiap-tiap malam dalam bulan Ramadhan untuk bertadarus al-Qur’an bersama. Sebenarnya Rasulullah s.a.w. sangat-sangat bermurah hati dan sentiasa mengerjakan kebajikan (dengan tidak bertangguh lagi), lebih deras daripada hembusan angin (pembawa rahmat)” (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari)
Hadith ini menjelaskan bahawa tadarus al-Quran dilakukan dengan Jibril a.s. membaca lebih dahulu dan Rasulullah s.a.w. mendengar, kemudian Baginda membaca dan Jibril pula mendengar.
Program tadarus ni juga dapat mengisi masa lapang kaum ibu pada sebelah pagi berbanding pada bulan lain.
PROGRAM Tadarus bermula 8.30 pagi sehingga 10.00 pagi ,kehadiran peserta tadarus juga bukan saja dari kalangan muslimat pas malah ada juga dari kalangan mereka yang bukan ahli pas dan anak remaja ,dengan program2 ini juga pas terutama ya muslimat dapat mendekati pengundi wanita juga ambil kesempatan pada bulan Ramadan ini sebagai bulan untuk kita mendekatkan diri dengan masyarakat.
Moga Allah terus memberikan kekuatan dan rezeki waktu untuk kita semua istiqamah bertadarus dan bertadabbur kalam Allah ini.
MUTIARA KATA : Kita ada kewajipan untuk berdakwah. Apabila kita berdakwah takkan lari daripada pengorbanan.
Kalau kita rasa pengorbanan itu berat sangat, ketahuilah bahawa pengorbanan Rasulullah SAW lagilah berat.
Buatlah dengan seikhlasnya.
{jathumbnail off}