Home Berita PAS Perak

Muslimat Aktifkan Satu Cawangan Satu Usrah

710
SHARE

Muslimat Aktifkan Satu Cawangan Satu Usrah


PARIT BUNTAR : Proses tarbiyyah Islamiyyah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu.

Usrah adalah medan di mana ahlinya menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat ukhuwwah islamiyyah.

Ia membawa maksud penekanan dan perbincangan di dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.

Penekanan terhadap unsur-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan terhadap Islam sebagai sistem yang lengkap lagi melengkapi di mana akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjemaah.

Menyedari kepentingan itu, Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan Dewan Muslimat Pas Kawasan Parit Buntar telah menganjurkan kempen ‘1 Cawangan 1 Usrah’ buat julung-julung kalinya di Markaz Tuan Haji Hussain, Titi Serong.

Program ini melibatkan seluruh cawangan di Parlimen Parit Buntar di mana terdiri dari Dun Titi Serong dan Dun Kuala Kurau.
Lebih 70 orang wakil muslimat daripada 10 cawangan yang hadir antaranya Cawangan Sungai Kota, Cawangan Parit Mat Alam dan Cawangan Parit Lebai Akhir.

Majlis telah dirasmikan oleh Ustazah Nor Yazidah Yahya, Ahli Jawatan Kuasa Lajnah Tarbiah Pas Pusat merangkap Pengarah APSA Perak.

Pengisian yang diberikan beliau adalah mencakupi kepentingan usrah dalam perjuangan dan penerangan padat mengenai tatacara pengurusan usrah dengan lebih sistematik dan berkesan.

Turut hadir, ketua Muslimat Pas Kawasan Parit Buntar, Pn. Rahimah Osman dan barisan AJK DMPK.

“Besarlah harapan saya agar setiap cawangan dapat melaksanakan usrah yang disarankan mengikut kemampuan cawangan itu sendiri. Sebelum ini, mereka anggap usrah ini adalah satu perkara yangbsukar untuk dilaksanakan tetapi selepas penerangan daripada ustazah, mereka seolah mendapat satu suntikan semangat baru dan telah bersedia untuk melaksanakannya di cawangan masing-masing.” Ujar Rohaya Bakar, Ketua Lajnah Tarbiah dan Perkaderan DMPK Parit Buntar merangkap pengarah program.

Program berakhir dengan penyerahan portfolio dan sumbangan kurma kepada setiap cawangan yang hadir.

{jathumbnail off}