Home Berita PAS Sabah

PASTI Sandakan lancar Tabung Infaq Tunai Pembelian Bangunan Pentadbiran

964
SHARE

Oleh : Muhammad Salman Darwis
21 November 2019

SANDAKAN : Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Sandakan kali ke 30 yang diadakan pada ahad lalu di Batu 2 dekat sini telah menyaksikan pelancaran Tabung Infaq Tunai Pembelian Bangunan Pentadbiran PASTI Sandakan.

Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Negeri Sabah, Abdul Waheed Mohamad di hadapan kira-kira 1000 tetamu jemputan dan para graduan.

Orang ramai yang mahu mengisi Tabung Infaq Tunai ini boleh menyalurkan sumbangan wang tunai ke akaun Bank Islam PASTI Kawasan Sandakan, bernombor 10016010061688.

Tabung infaq tunai ini merupakan salah satu inisiatif PASTI Sandakan dalam mengumpul dana untuk membeli bangunan yang akan dijadikan pusat pentadbiran agensi pendidikan itu.

“Seperti yang kita tahu, PASTI yang berada di bawah naungan Pemuda PAS ini tidak mempunyai dana khas daripada mana-mana pihak, justeru sumbangan orang ramai amat diperlukan bagi membantu hasrat ini,” jelas Abdul Waheed.

Tardahulu, Pengerusi PASTI Sandakan, Herianto Ladati dalam ucapannya memaklumkan bahawa PASTI Sandakan sudah lama berhasrat untuk memiliki bangunan pentadbiran ini tapi atas kekangan kewangan terpaksa ditunda dahulu.

Kini PASTI Sandakan komited untuk membeli bangunan ini dengan mengharap bantuan daripada ibu bapa dan juga masyarakat luar agar pengurusan PASTI lebih tersusun.