Home Berita PAS Sabah

Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Al-Hidayah suntik semangat murid dan ibu-bapa.

1747
SHARE

Oleh : Martina Tahil

10 November 2019

LAHAD DATU : Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK) PASTI Al-Hidayah, Lahad Datu telah diadakan pada Ahad lepas meriah dengan kehadiran Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG), murid-murid berserta keluarga masing-masing.

Majlis yang berlangsung pada pukul 1.00 petang itu dimulai dengan jamuan yang disediakan oleh JIBG PASTI dan diteruskan dengan perasmian oleh Ustaz Guntur bin Banjare selaku Pengerusi JIBG PASTI Al-Hidayah 2018/2019.

“Majlis seperti ini perlu diadakan lagi pada tahun – tahun hadapan kerana ia dapat mengeratkan hubungan antara murid – murid serta ibu bapa yang lain. Tahniah pada anak – anak yang menerima anugerah. Bagi yang belum menerima, usahalah lagi.” Jelas Ustaz Guntur.

Majlis tersebut dimeriahkan dengan beberapa aktiviti seperti penyampaian hadiah kepada murid-murid. Pelbagai kategori diumumkan antaranya ialah Anugerah Akademik (10 terbaik) dari setiap kelas 4,5 dan 6 Tahun. Anugerah Kehadiran Penuh, Anugerah Kebersihan dan Anugerah Tokoh Murid.

Menariknya, tahun ini PASTI Lahad Datu pertama kalinya telah melancarkan pengumpulan duit murid-murid dengan menggalakkan murid untuk menabung di sekolah. Anugerah Tabung Terbanyak bagi HAK PASTI Al-Hidayah yang dimenangi oleh adik Ahmad Sholahuddin bin Subkhan sebanyak RM1,848.00 menyuntik semangat ibu-bapa dan murid-murid untuk menabung di masa hadapan.

Majlis berakhir pada pukul 3.30 petang itu turut dihadiri oleh mudir PASTI Al-Hidayah, Mohd Ahzam Che Mat serta beberapa orang ahli jawatankuasa PASTI Lahad Datu.