Home Berita PAS Sabah

Kursus Pengurusan Jenazah PASTI An Nur mendapat sambutan

870
SHARE

Oleh: Juliana Hamid
25 Oktober 2019

SILAM : Pihak PASTI An Nur, Kunak telah berjaya melaksanakan Kursus Pengurusan Jenazah pada 19 Oktober lepas dan ianya mendapat sambutan hampir 70 orang Jemaah Ibubapa Dan Guru (JIBG) muslimat PASTI An Nur dan muslimat sekitar Daerah Kunak.

Pengurusan jenazah adalah fardu kifayah yang perlu dipelajari kerana sekiranya di sesebuah kampung
tiada seorang pun penduduk yang mengambil tanggungjawab menguruskan jenazah, semua
penduduk di kawasan sekitar akan mendapat dosa.

PASTI An Nur berasa terpanggil memberi pencerahan ilmu berkenaan pengurusan jenazah yang betul dan mengikut syariat Islam. Pelbagai pengisian telah dilaksanakan seperti praktikal pengurusan jenazah, jamuan dan sesi bergambar.

Pengisian yang sangat padat dan penuh ilmu itu telah disampaikan oleh Ustazah Normah dalam masa 2 jam setengah. Ustazah Normah membuktikan bahawa pengurusan jenazah adalah sesuatu yang mudah dan bukanlah sesuatu yang rumit seperti adat kebanyakan penduduk kawasan tersebut amalkan.

Setiap keluarga mesti mengharapkan ahli keluarga sendiri yang akan menguruskan jenazah mereka kelak. Harapan pihak pengurusan PASTI An Nur semoga ramai anak muda dan muslimat khususnya di Kunak akan memiliki ilmu tentang pengurusan jenazah dan kursus ini adalah satu jalannya.

Turut hadir Timbalan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Silam(LKKDMPS) Rahmah Mustaming. Pihak PASTI An Nur berkesempatan mengutip sumbangan pada program tersebut untuk mangsa kebakaran Kg. Jaya Baru yang akan diserahkan kepada mangsa pada pukul 4.30 petang itu.