Oleh : ANNA TAN
25 Oktober 2019
TAWAU ~ Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Tawau dengan kerjasama BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SABAH (BPPNS) akan menganjurkan HARI KELUARGA PAS SABAH di Balung River Eco Resort Tawau, pada 26 dan 27 Oktober ini.
Pengarah program, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Husain, merangkap Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau berkata matlamat program adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan serta ukhuwah sesama ahli termasuk anak-anak dan isteri.
“Presiden telah berhasrat bertemu dengan ahli PAS Tawau sejak November 2018 lagi, namun dengan jadual beliau yang ketat hasrat tok guru tertunda.
“Oleh itu program yang pada awalnya hanya melibatkan peringkat kawasan namun dengan kehadiran presiden, program kemudian dibuat dengan skala yang lebih besar peringkat negeri.
” Program ini adalah program santai dengan acara sukan bermula sebelah petang melibatkan semua muslimin muslimat, kanak-kanak dan dewasa.
“Pada malam hari pula acara makan malam secara santai bersama presiden dengan hidangan yang menyelerakan dan b-b-que.
“Tok Guru juga akan memberikan kuliah subuh , manakala majlis penutupan akan diadakan di halaman resort dengan Perbarisan Hormat Jabatan Amal Malaysia, Sabah , diikuti dengan ucapan PesuruhJaya PAS Sabah , Tuan Aminudin Aling dan ucapan dari Tuan Guru Presiden.
“Program akan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Tuan Guru Presiden dan acara makan tengahari pada pada 11.00 pagi,” ulasnya ketika dihubungi.
Manakala Timbalan Yang DiPertua PAS Tawau , Cikgu Nasir Che Ali menasihatkan agar semua peserta memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan khususnya keselamatan diri dan anak anak.
“Semua ketua keluarga perlu bertindak untuk memantau keselamatan anak anak tatkala mandi manda di kolam dan di sungai.
” Keselamatan ketika menuruni kawasan curam dan ketika bermain juga perlu diberi perhatian.
“Pihak urusetia penganjur juga, menerusi unit Amal juga akan membuat kawalan keselamatan sepanjang program berlangsung.
Beliau juga menasihati agar semua peserta untuk mematuhi arahan pihak pengelola program di samping mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Taman Balung River.