Home Berita PAS Melaka

Kerat 8 Anggota Badan: Hilangnya Nilai Perikemanusiaan

1396
SHARE


14 Oktober 2019 | 15 Safar 1441H

KERAT 8 ANGGOTA BADAN: HILANGNYA NILAI PERIKEMANUSIAAN

1. Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka(DPMNM) melahirkan rasa kekesalan diatas kejadian yang berlaku baru-baru ini berkenaan tindakan seorang suami yang tidak berperikemanusiaan, tega membunuh dengan mengerat 8, membakar lalu meninggalkan anggota badan isteri dan anaknya di Kampung Ladang, Perindustrian Krubong, Melaka.

2. Kekejaman yang berlaku dalam rumahtangga bukanlah perkara enteng untuk kita memandang sepi, sedangkan isteri dan anak adalah anugerah Allah yang perlu dijaga dan dilindungi oleh seorang lelaki yang bergelar ketua keluarga.

3. Perselisihan pendapat adalah asam garam rumah tangga yang harus ditangani dengan sikap tolak ansur kedua pihak bagi mengelakkan ketegangan berterusan di mana anak-anak dan ahli keluarga menjadi mangsa.

4. Oleh yang demikian, DMPNM menyeru masyarakat untuk mengambil iktibar di atas kejadian yang tidak diingini ini dan menggesa pihak polis mengambil tindakan sewajarnya.

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

AZIAH MOHD SAAD
Ketua
Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka