13 Oktober 2019
Oleh : Fathiah Malek
TITIWANGSA : Para aktivis penerangan dan pengamal media baru PAS Wilayah Persekutuan telah berprogram untuk memperkemaskan gerak kerja penerangan negeri itu, hari ini.
Amanat yang disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Saudara Kamaruzaman Mohamad telah membugar semangat para peserta untuk menguasai media sosial secara efektif ke arah kemenangan PAS dalam pilihanraya akan datang.
Para peserta turut didedahkan dengan ‘tips and tricks’ dalam memaksimumkan penggunaan media baru oleh pakar gerak kerja penerangan, Ustaz Haznizul Ahamad.
Program yang disertai oleh 30 orang peserta itu berakhir pada pukul 7.00 petang dengan membawa tanggung jawab untuk terus melancarkan gerak kerja penerangan yang teratur di peringkat masing – masing.