Oleh : Faizah Yusof
KUALA PILAH : Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan, Puan Rohayati Md Din bersama Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat Jempol, menyantuni dua buah keluarga di Batu Kikir semalam.
Dua minggu lepas Puan Maizatul Afzan binti Ahmad Kamil kehilangan suami tercinta.
Kini keadaan kesihatan beliau pula makin merosot akibat kanser.
“Dengan anak-anak yang masih kecil, pasti beliau memerlukan kekuatan , semangat serta doa kita.”ujar Puan Rohayati binti Md Din.
Justeru itu, Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Jempol yang diketuai Puan Bibah Tumin turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban ditanggungnya.
Seterusnya, siri ziarah prihatin lajnah kebajikan, mereka turut mengunjungi sebuah Rumah PPRT Kg Dato Johan Serting Tengah, Batu Kikir, Jempol.
Kemudiannya, Puan Rohayati menyampaikan sumbangan barang dapur kepada asnaf yang menjaga emaknya sakit Parkinson, juga menjaga abang dan adiknya Orang Kurang Upaya (OKU).
‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya’. Semoga keluarga yang diziarahi akan dipermudahkan segala urusan oleh Allah.
Sebarang pertanyaan dan ingin menyumbang bolehlah menghubungi Puan Rohayati di talian 011-2609 6651.