Home Berita PAS Pulau Pinang

Murid berarak keliling kampung sambut merdeka

662
SHARE

PERMATANG PAUH: PASTI Bahrul Ulum telah mengadakan aktiviti perarakan mengibar Jalur Gemilang sempena menyambut Hari Kemerdekaan Ke-62 dalam kalangan muridnya di Kampung Mengkuang Titi, di sini hari Rabu lepas.

Perarakan ini adalah sebagai merai dan menyemarakkan hari ulangtahun kemerdekaan disamping memupuk rasa cinta kepada negara, selain memperkenalkan pelajar PASTI kepada masyarakat sekitar.

Seramai 120 murid telah dibawa berjalan beramai-ramai bersama tujuh orang guru menuju ke Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) melalui sekitar kampung sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Ketibaan rombongan cilik ini di perkarangan SRIBU disambut mesra oleh Mudir SRIBU, Ir Ahmad Rafaie Dato’ A Rashid dan para kakitangan, guru serta warga pelajar SRIBU.

Ir Rafaie yang juga Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang amat berbesar hati dan mengalu-alukan kunjungan ini dan turut dipersembahkan dengan nyanyian lagu PASTI Cemerlang Islam Gemilang.

Ketua Guru PASTI Bahrul Ulum, Siti Sarah Abdul Rahman berkata , aktiviti tahunan PASTI ini akan sentiasa ditambahbaik dalam mewujudkan keceriaan, keseronokan serta menggalakkan aktiviti menghargai kemerdekaan.