Home Uncategorized

Isu Dr.Zakir Naik :Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor Menyokong Minda Presiden PAS

1203
SHARE

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) berdiri kukuh bersama kenyataan YB Tuan Guru Presiden Haji Abdul Hadi Awang dalam isu Pendakwah Islam Dr.Zakir Naik.

DMPNS amat meyakini bahawa bukan masyarakat Muslim sahaja tidak selesa dengan campur tangan urusan agama Islam oleh bangsa dan penganut agama lain, malah masyarakat majmuk yang mendukung keharmonian negara juga turut merasa terganggu.

Individu yang mengeluarkan kenyataan bersifat provokasi dengan memanipulasi kenyataan sebenar Dr.Zakir Naik tanpa keadilan, mampu menggugat keharmonian bermasyarakat dan ketidakstabilan politik tahahair. Tindakan tidak wajar ini, tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. tidak kira siapakah mereka dan apakah jawatan mereka.

Jangan merempuh apabila lampu merah menyala.

#IslamMemimpinPerpaduan
#IslamMemimpinWanitaSejahtera

USTAZAH HJH WAN HASRINA BINTI WAN HASSAN
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor