Kenyataan biadap ahli perniagaan Koon Yew Yin didalam tulisan blog pada 12 Ogos 2019 yang mengatakan anggota tentera Malaysia hanya makan dan tidur sama sekali dangkal dan naif kerana bersifat menghina dan tidak menghargai jasa besar para patriot negara.
Walaupun kenyataan maaf telah dibuat, ianya tidak memadai untuk membendung kemarahan anggota tentera dan semua bekas pesara tentera di Malaysia yang besar jasa dan bakti mereka pada negara.
Juga sebagai rakyat Malaysia yang bukan anggota tentera, kenyataan biadab Koon Yew Yin sama sekali tidak boleh diterima.
Justeru itu, pihak kami mendesak agar kerajaan persekutuan melucutkan kewarganegaraan terhadap Koon Yew Yin
https://www.change.org/p/malaysia-government-biadap-terhadap-tentera-lucut-kerakyatan-koon-yew-yim