Home Kenyataan Media PAS Selangor

KEMELUT POLITIK DALAMAN KERAJAAN SELANGOR “IBARAT MENUTUP BANGKAI GAJAH”

1017
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS SELANGOR

Peribahasa melayu menyebutkan “mana mungkin bangkai gajah dapat ditutup dengan nyiru”. Itulah suasana yang dihadapi dalam Kerajaan PH Selangor pada hari ini. Pergolakan parti kerajaan mengheret kegoyahan kestabilan kerajaan dan rakyat Selangor.

Gagal membina persefahaman bersama dalam blok Parti Kerajaan PH mengundang pergolakan yang besar. Masing-masing mula menunjuk “belang”. Tiada yang pelik perkara ini berlaku kerana persefahaman yang rapuh ini akibat ikatan prinsip yang tidak jelas.

PAS sejak dahulu berpegang dengan prinsip yang jelas dan kukuh. Apa saja keadaan, Islam mesti diletak sebagai perkara utama. Tiada yang lebih adil dalam menimbang dan menentukan suatu masalah melainkan kembali diperhalusi melalui neraca Islam.

Dalam isu yang hangat diperbahas dalam Sidang DUN Selangor atau diluar perbahasan samada isu pindaan Enakmen Negeri atau skim-skim bantuan kepada rakyat serta lain-lain, PAS mengambil sikap bahawa Kerajaan perlu bertegas dan mengutamakan kepentingan rakyat berbanding perbalahan dalaman parti. Hentikan kemelut ini dan optimakan fokus pembangunan dan kebajikan rakyat.

ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN

SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Penerangan PAS Selangor
7 Zulhijjah 1440H | 8 Ogos 2019