Home Berita PAS Sabah

Guru PASTI diraikan dalam acara gilang gemilang Sambutan Hari Guru.

677
SHARE

Oleh: Nur Khadijah Mohd Noor
5 Ogos 2019

SANDAKAN : Bertemakan ‘Guru Murrobi Penyatu Ummah’, Dewan Pemuda PAS Zon Sandakan telah meraikan guru-guru PASTI Zon Sandakan dalam Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Zon Sandakan bertempat di Hotel Pavilion pada Sabtu lalu.

Majlis gilang gemilang yang memberi penghargaan kepada semua guru PASTI Sandakan dan Kinabatangan itu telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Sabah, Sahar Abdul Majid.

“PASTI ini merupakan salah satu sayap yang sangat penting kepada PAS khususnya di Sabah kerana ia sangat dekat dengan masyarakat,” kata Sahar.

Sebelum itu, majlis telah dimulai dengan ucapan daripada Ketua Majlis Guru PASTI Sandakan, Majidah Mohammad yang menasihati agar guru-guru PASTI mempersiapkan diri dalam mengharungi cabaran baru dan mengemaskini kemahiran dalam ilmu perguruan.

Turut berucap dalam majlis itu adalah Pengarah PASTI Zon Sandakan, Herianto Ladati yang menyeru agar guru-guru meningkatkan usaha untuk merealisasikan falsafah PASTI bagi melahirkan generasi tunas Islam yang unggul.

Manakala wakil Dewan Muslimat PAS Zon Sandakan, Norliah Omar dan juga Dewan Pemuda PAS Zon Sandakan, Masru Mustakim masing memuji silibus dan semangat guru PASTI yang sabar dalam mendidik pelajar selain menekankan agar guru PASTI membantu dalam mengangkat agenda pemuda PAS Zon Sandakan iaitu pengkaderan ahli baru.

Sambutan Hari Guru PASTI tersebut diserikan dengan persembahan duet daripada wakil Pengurusan PASTI Sandakan.

Majlis berakhir dengan sesi penyerahan cenderahati kepada semua guru dan rakaman fotografi bersama para jemputan, guru-guru serta pihak pegurusan PASTI Sandakan sebagai kenang-kenangan.