Oleh: Raudah Augustine
TAWAU 26 Julai: Strategi Taawun PAS – Umno dilihat bakal memberikan keuntungan yang besar terhadap Islam sama ada dalam jangka masa yang terdekat mahupun panjang.
Yang Berhormat , Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhamad Khalil Abdul Hadi berkata jalinan kerjasama politik yang dilakukan bersama Umno mahupun parti politik yang lain bukanlah kali pertama.
Jika dilihat secara kronologi sejarah sebelum ini, PAS pernah beberapa kali sepentas bersama parti-parti politik lain sejak awal merdeka.
Beliau juga menerangkan bahawa strategi, kepimpinan dan pendekatan PAS boleh berubah mengikut zaman, keperluan dan suasana politik semasa namun dasar perjuangan tetap tidak akan berubah dan strategi taawun bersama Umno adalah tepat kerana kedudukan Islam semakin terancam.
Ustaz Muhamad Khalil mengingatkan para jentera agar yakin dengan kepimpinan yang berteraskan Al-Quran dan As-sunnah akan tetap menang dan yang batil akan tetap dikalahkan walaupun mungkin mengambil masa yang lama.