Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Undi 18 Tahun Dan Daftar Automatik : Tahniah Kerajaan; Pembangkang

1047
SHARE

KENYATAAN MEDIA
PAS Wilayah Persekutuan

UNDI 18 TAHUN DAN DAFTAR AUTOMATIK : TAHNIAH KERAJAAN & PEMBANGKANG

1. Tahniah kepada Kerajaan dan Pembangkang atas kesepakatan menurunkan umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

2. Diharapkan ia adalah suatu pengiktirafan yang tulus dan bertujuan mengaspirasikan golongan muda ini dengan “fastabiqū al-khairat” (berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan) dan “wa ta’āwanū ‘al al-birri wa at-taqwā” (bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa) dalam menyejahterakan negara dan rakyat.

3. Penyertaan golongan ini dalam sistem demokrasi berparlimen perlu dibantu dengan maklumat yang benar dan seimbang serta dijauhkan daripada budaya politik kotor dan fitnah supaya mereka dapat membuat pilihan yang tepat.

4. Oleh kerana sistem pendaftaran automatik ini hanya akan tersedia dalam tempoh 2 tahun lagi dan berkemungkinan pilihan raya umum akan diadakan lebih awal, maka saya menyeru kepada semua individu yang layak untuk tetap segera mendaftarkan diri sebagai pemilih tanpa menunggu daftar automatik. Kini ia lebih mudah kerana boleh dibuat secara dalam talian di portal MySPR Daftar (https://mysprdaftar.spr.gov.my).

5. Organisasi PAS di semua peringkat juga diminta mempergiatkan usaha memberi kesedaran kepada orang awam untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih.

Sekian.

“Islam Memimpin Perpaduan”

AZHAR BIN YAHYA
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan

Tarikh :
Jumaat, 19 Julai 2019 | 15 Zulkaedah 1440H