Oleh: Nusaibah Ibrahim
Kg. Datuk Keramat, 5 Februari- Ameerah Titiwangsa telah menganjurkan program Craft With Ameerah semalam. Program ini merupakan program terbuka untuk anak muda seluruh Titiwangsa yang bertujuan untuk mengasah kretiviti dalam diri masing-masing menerusi penghasilan kraf tangan.
Dalam program ini, peserta diajar cara-cara untuk menghasilkan “pin cusion”. Pelbagai design dan bentuk yang menarik telah berjaya dihasilkan oleh para peserta.
Turut hadir dalam program berkenaan ialah Ketua Muslimat PAS Titiwangsa, Pn. Sharifah Rashida Sayed Idrus. Dalam ucapan beliau, isu berkaitan pembangunan tenaga mahir dalam industri pekerjaan diulas oleh beliau.
“Zaman sekarang, ramai graduan universiti mengganggur kerana tidak dapat pekerjaan. Jika yang bekerja pula, majoriti bukan dalam bidang mereka. Antara sebab perkara ini berlaku kerana limitasi pengambilan pekerja di sektor kerajaan mahupun swasta, gara-gara ekonomi negara yang kian merundum. Jadi, sesetengah wanita menjadi kreatif untuk menjana pendapatan, terutamanya bagi suri rumah, supaya dapat bantu suami mencari nafkah demi kelangsungan hidup”, ujar beliau dalam ucapannya semalam.
Secara keseluruhan, program ini telah mendapat sambutan baik daripada wanita muda sekitar Titiwangsa. Rata-rata peserta yang hadir menaruhkan harapan dan kepercayaan kepada PAS untuk meneraju Malaysia, khususnya di Titiwangsa pada Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang.
Walaupun masih baru, Ameerah Titiwangsa yang merupakan sebuah entiti di bawah Dewan Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa telah banyak menyantuni penduduk Titiwangsa khususnya wanita muda, melalui penganjuran program -program seperti Gelombang Edaran Kurma, ziarah kasih ke rumah-rumah ibu tunggal, miskin dan OKU serta Baking With Ameerah pada Januari lalu.
#TitiwangsaSejahtera
#SejahteraBersamaIslam