Home Pedoman Haraki

Suasana Sebak Selubungi Pertemuan TGHH dan Dato Sheikh Mohamad Nor

2,786 views
SHARE

Suasana Sebak Selubungi Pertemuan TGHH dan Dato Sheikh Mohamad Nor

Oleh : PPU Asyraf Hanif

PERAK:– Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) meluangkan masa menziarahi Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak dan Dato’ Sheikh Mohamad Nor Mansor, bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Perak pada 3 Februari.

Namun pertemuan tersebut bertukar menjadi pertemuan yang diselubungi sebak dan tangisan apabila Dato Sheikh Mohamad Nor bertanya TGHH soalan berikut :

“Tok Guru ingat pada saya lagi?” Dato’ Syeikh Mohamad Nor Mansor sempat bertanya kepada Tuan Guru Haji Hadi.

“Ingat… Ingat… Ingat….” Spontan jawab Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Mendengar jawapan yang diberikan beliau membuatkan perasaan Dato’ Syeikh sebak menangis sambil mengesat air mata dengan kain.

Begitulah keakraban persahabatan yang dibina kerana Allah, walaupun jarang bertemu mata tetapi masih utuh ingatan antara satu sama lain.