بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وللهِ الْحَمْدُ
Saya mewakili saff kepimpinan PAS Kawasan Batu Sapi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
كُلُّ عَامٍ وَ أَنْتُمْ بِخَيْرٍ
Marilah pada hari raya yang dikurniakan Allah SWT ini, kita bergembira dan menzahirkan rasa syukur selepas menunaikan ibadat puasa yang banyak fadilatnya. Bukan sahaja pahalanya besar, puasa juga mengajar kita supaya menjadi manusia yang baik hubungannya dengan Allah dan hubungan persaudaraan sesama kita.
Kita jadikan ibadat puasa yang ditunaikan sebulan Ramadan yang berkat itu, mencapai tujuannya yang dikehendaki Allah supaya kita bertaqwa kepadaNya.
تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّ وَ مِنْكُمْ
Ahmad Muhammad
Yang Dipertua
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Batu Sapi