Home Berita PAS Pulau Pinang

Guru PASTI bina ‘budaya kerja’ sebagai ibadah

759
SHARE

BUKIT MERTAJAM: Majlis Guru PASTI (MGP) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Tadarus Perdana di Masjid Tasek Junjung, di sini semalam.

Majlis tahunan ini telah mengumpulkan 340 guru PASTI seluruh negeri ini yang memulakan tadarus berkumpulan, seterusnya khatam bersama.

Hadir menyampaikan ucapan adalah Pengarah PASTI Pulau Pinang, Zahareen Abdul Kadir yang menasihatkan perihal penjagaan imej selaku pendidik.

Pengisian utama disampaikan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden yang menyentuh mengenai ‘budaya kerja’.

Beliau menyeru menguruskan kerja sebagai ibadah di mana menuntut kesempurnaan dan niat yang sentiasa berhubung dan dekat dengan Allah.

Pada majlis turut dihadiri Setiausaha dan Pengerusi MGP Pulau Pinang iaitu Zamadi Omar dan Mariayati Ibrahim itu, para guru telah menerima cenderahati