Home Artikel PAS Pulau Pinang

PAS-Umno bersama di majlis sumbangan dan iftar

579
SHARE

TASEK GELUGOR: Pimpinan PAS Kawasan Tasek Gelugor telah memenuhi undangan majlis penyampaian sumbangan Aidil Fitri di dua program berasingan, di sini semalam.

Sumbangan-sumbangan tersebut adalah kepada golongan asnaf terutama miskin, ibu tunggal dan warga emas yang bertujuan meringankan beban mereka kerana kurang berkemampuan.

Yang DiPertua dan Timbalan Yang DiPertua PAS Tasek Gelugor, Mohd Sobri Salleh dan Zahadi Mohd hadir pada majlis di Madrasah An-Nusu’ wal Irtiqa’, Simpang Tiga Lahar Yooi.

Pada majlis itu juga turut diadakan pengisian tazkirah Nuzul al- Quran yang disampaikan Timbalan Ketua Pemuda PAS Tasek Gelugor, Ustaz Asril Hafiz Hashim.

Manakala Naib Yang DiPertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Zulkifli Ishak pada majlis yang diadakan oleh PAS Cawangan Merbau Kudung di Balai Islam, Merbau Kudung, Sungai Dua.

Majlis ini turut dihadiri Adun Sungai Dua, Muhamad Yusoff Mohd Noor yang menghormati kemampuan PAS menganjurkannya walaupun bukan parti kerajaan.