TASEK GELUGOR: PAS Cawangan Kampung Aman telah mengimarahkan Ramadan dengan mengadakan program sumbangan juadah berbuka puasa dan ziarah masyarakat setempat.
Istimewanya, selain juadah tradisi iaitu bubur lambuk, turut sama disediakan mee rebus yang amat terkenal di sini di mana telah dimasak secara gotong-royong di Markas Cawangan ini.
Kemeriahan aktiviti itu turut diserikan dengan kunjungan dari Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Mohd Yusof Mohd Noor.
Kehadiran bersama Adun Permatang Berangan, Nor Hafizah Othman itu telah disambut Yang DiPertua PAS Kawasan Tasek Gelugor, Mohd Sobri Salleh dan pimpinan PAS Tasek Gelugor.
Edaran juadah tersebut selain sebagai sedekah, turut memberi kesempatan kepada pimpinan PAS Tasek Gelugor menziarahi dan menyantuni golongan sakit dan kurang berkemampuan.