Oleh: Liyana Dihon
19 Mei 2019
KINABATANGAN : Bersempena dengan bulan Ramadhan tahun ini, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kinabatangan telah menganjurkan program Uncang Ramadhan awal pagi tadi.
Uncang Ramadhan merupakan program tahunan PAS Kawasan Kinabatangan bagi meringankan beban golongan asnaf dan yang memerlukan dikawasan ini dengan memberi sumbangan berbentuk makanan asasi.
Kebanyakan penerima yang ditemui dan disantuni mengucapkan syukur dan terima kasih atas usaha yang dilakukan dan sumbangan yang diberikan dalam membantu mereka saat menghadapi kesusahan mengharungi hari-hari yang mendatang di bulan puasa ini.
Menurut Penyelaras Dun Kuamut, Jumaidin Lakalla yang turut sama dalam program hari ini, PAS Kinabatangan hanya sebagai pengantara bagi menyampaikan hasrat penyumbang kepada mereka dan berharap kita sama-sama doakan penyumbang yang melancarkan program ini dimurahkan rezeki, dimudahkan urusan dan semoga terus istiqomah membantu golongan yang memerlukan.
Turut sama menjayakan program ini adalah Ahli Jawatankuasa PAS Kinabatangan dan ahlinya.