TARBIYATUL AS SYABAB
Lakaran Potret Pemuda Islam
(Mereka Diberi Petunjuk Pada Mengucapkan Kata-Kata Yang Baik)
RAMADHAN 5 / 1438 H
“LEGASI UMAT YANG TAAT”
Hikmah Puasa Ramadhan bagaimana Allah SWT sekalikan pengisytiharan umat terdahulu juga melaksanakannya.
(Sepertimana diwajibkan (puasa) kepada umat terdahulu sebelum dari kamu)
Taat melalui ubudiyah pada Allah membawa kepada taat untuk membela tauhidNya.
Khazanah kisah umat yang taat pada Allah wujud sepanjang zaman. Setiap utusan Allah punyai umat yang taat. Bahkan luar biasa ketaatan mereka. Habib An-Najar, Ashabul Kahfi, Hawariyun, Assabiqunal Awwalun, Muhajirin dan Ansar serta yang lain adalah lambang “Legasi Umat Yang Taat”.
Habib An-Najjar
Pemuda Antokiyah yang mati secara kejam akibat beriman dengan ajaran yang di bawa oleh 2 orang Nabi dalam umat Bani Israel. Habib An-Najjar bukan seorang Nabi, bukan seorang Rasul, bukan seorang ulama. Tapi seorang tukang kayu yang beriman dan taat pada Allah.
Ashabul Kahfi
Pemuda yang beriman dan menentang penguasa yang zalim di Rom beberapa ratus tahun sebelum diutus Nabi Isa a.s. Ibnu Abbas menyatakan 7 orang pemuda ini dalam usaha mereka memelihara akidah serta lari dari dibunuh sehingga Allah selamatkan mereka tertidur didalam gua selama 309 tahun.
Hawariyun
12 orang pemuda yang berdepan dengan kaum Bani Israel yang menentang perjuangan Nabi Isa a.s Hawariyun adalah dikhususkan untuk merujuk kepada sahabat, murid dan pengikut setia Nabi Allah Isa a.s dan gelaran kumpulan ini tidak digunakan untuk pengikut kepada Nabi dan Rasul yang lain. Mereka taat setia pada Nabi dan ajaran yang di bawa.
Assabiqunal Awwalun
Sebahagian mereka yang beriman dengan Nabi Muhamad SAW yang syahid di awal kedatangan Islam. Mereka mempertahankan tauhid dalam gaung penyeksaan. Nabi SAW namakan mereka sebagai penghuni Syurga. Mereka adalah seperti keluarga Ammar bin Yasir.
Muhajirin
Terdiri di kalangan sahabat Nabi Muhamad SAW yang berasal dari Mekah, beriman dan berhijrah bersama Baginda Nabi ke Madinah. Meninggalkan segala-galanya demi agama.
Ansar
Para sahabat yang membina dan menyediakan tapak tertegaknya negara Islam pertama di Madinah Al Munawarah.
[Surat At-Tawbah 100]
Dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor
#akupemudapas
#undilahpas