Home Berita PAS Johor

Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Institusi Tahfiz Dan Majlis Berbuka Puasa UMNO & PAS Kawasan Sekijang

755
SHARE

Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Institusi Tahfiz Dan Majlis Berbuka Puasa UMNO & PAS Kawasan Sekijang.

12 Mei 2018(Ahad)/7 Ramadhan 1440H:

Alhamdulillah…
PAS Kawasan Sekijang telah dijemput oleh pihak UMNO Bahagian Sekijang menghadiri majlis berbuka puasa di Surau Al-Falah, Kampung Lubok Selumar,Segamat ,Johor. Lokasi ini terletak dalam kawasan Parlimen Sekijang.

Gembira dapat berjumpa Datuk Baharom Bin Mohamad (Ketua Bahagian UMNO Sekijang ),Datuk Anuar Bin Manap(Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sekijang),Puan Rahana Binti Ahmad(Ketua Wanita Bahagian Sekijang ) dan Puan Sabariah Binti Jamaluddin (Ketua Puteri UMNO Bahagian Sekijang.

PAS Kawasan Sekijang ,diwakili oleh Yang Dipertua PAS Sekijang,Encik Maarof Bin Abd.Mutalib dan beberapa Ahli jawatankuasa PAS Kawasan Sekijang yang hadir memenuhi undangan dari pihak UMNO Bahagian Sekijang.

Yang cukup dinantikan adalah penyampaian sumbangan kepada beberapa buah institusi tahfiz dan madrasah .Kehadiran mereka diwakili oleh mudir dan wakil mudir serta beberapa anak tahfiz mewakili institusi masing -masing .

Antara acara menarik adalah upacara memotong pulut kuning sempena Ulangtahun UMNO ke 73 dan upacara memotong kek sempena Hari Ibu yang kebetulan bertepatan dengan tarikh 12 Mei 2019.Simbolik penghargaan ini sekadar meraikan tarikh yang diwartakan di Malaysia, walaupun kita sedia maklum ,penghormatan terhadap pengorbanan ibu adalah sepanjang masa sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.

Kami dari PAS Kawasan Sekijang dijemput hadir untuk memeriahkan majlis penyampaian sumbangan kepada madrasah tahfiz yang terletak di bahagian Parlimen Sekijang.

Terjalin erat pertalian ukhuwwah dan kemesraan antara kami dalam majlis ini seolah -olah kami telah lama bersahabat .Inilah indahnya ukhuwwah yang terjalin bila titik pertemuan penyatuan ummah ini demi ISLAM.

Jauh di sudut hati saya rasa sebak dan sangat terharu menyaksikan penyerahan sumbangan ini. Melihat wajah anak -anak tahfiz yang jernih ,suci wajahnya yang gigih menuntut ilmu dan mendalami kemuliaan Al-Quran dalam bidang hafazan .Perjuangan anak -anak syurga ini cukup menyentuh hati saya dan cukup dekat di hati saya .

Ini adalah kerana saya juga memiliki 3 orang cahayamata yang sedang dan telah melalui cabaran menjadi seorang penghafaz Al-Quran .Bukan mudah sebenarnya perjuangan anak -anak bakal penghuni Syurga ini kerana yang berjaya menghafaz Al-Quran di penghujung cita-cita dan matlamat mereka ini ,adalah sebenarnya insan pilihan ALLAH SWT jua.

Sering juga saya melihat anak -anak tahfiz yang berjuang gigih ini ada waktunya tidak dapat meneruskan cita -cita mereka kerana cabaran mendatang tak mampu ditangkis,atau ada beberapa ujian menimpa sama atas faktor kesihatan yang kurang mengizinkan atau faktor masalah kewangan keluarga yang menyebabkan adakalanya walaupun hanya tinggal beberapa juzuk sahaja untuk menamatkan hafazan Al-Quran, tetapi mereka tidak dapat meneruskan pengajian dan berhenti sekolah atau meninggalkan madrasah tahfiz walaupun dengan berat hati.

Juga saya memahami perjuangan para mudir dan penggerak institusi tahfiz dalam memartabatkan kemuliaan Al-Quran dalam persada pendidikan negara meskipun dalam keadaan adakalanya kurang prasarana dan faktor suasana pembelajaran yang kurang kondusif di madrasah dan tahfiz masing -masing .

Tidak dilupakan juga pengorbanan ibu bapa yang memiliki azam yang cukup tinggi untuk melihat agar suatu hari nanti anak -anak mereka menjadi seorang penghafaz Al-Quran,walaupun mereka mungkin datang dari golongan petani dan peneroka dan bukan dari golongan yang kaya, tetapi ibu bapa ini memiliki kesungguhan yang tinggi untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak -anak mereka dalam bidang ukhurawi.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada insan dermawan yang sudi menghulur sumbangan kepada madrasah tahfiz ini .Didoakan agar berbahagia di dunia dan di Akhirat.

Seperkara lagi yang menyentuh hati saya adalah kemesraan yang diserlahkan dalam bual bicara ,serta perbincangan santai antara kami ,mewakili parti masing-masing -masing ,UMNO & PAS.Perbincangan kami berkisar soal penyatuan ummah,gerakerja kebajikan dan masa depan Ummat Islam yang perlu kami perjuangkan di samping menghormati institusi raja -raja.

Semoga ikatan ukhuwwah Islamiyyah antara dua buah parti teras dan terbesar bagi ummat Islam di Malaysia ini terjalin erat dalam mencari keredhaan ALLAH SWT di dunia dan di Akhirat khususnya di dalam kawasan Parlimen Sekijang .
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak UMNO atas kesudian menjemput kami dari PAS Kawasan Sekijang.

“Ya Allah ,peliharalah pertalian ukhuwwah antara kami dan satukanlah hati -hati kami demi mendaulatkan Agama Islam yang tercinta ..”.
“Rahmatilah hidup kami di dunia dan di Akhirat ..”
Ameen Ya Rabb..

Nukilan rasa ,
NORMALA SUDIRMAN (CIKGU MALA)
PAS Kawasan Sekijang .