Muktamar Dewan Ulama’ PAS Negeri Sabah telah melabuhkan tirai pada jam 1.15 petang 28 April 2019 bertempat di Dewan Sri Pertiwi, Kota Kinabatangan. Alhamdulillah dengan pertolongan Allah swt dan usaha semua pihak muktamar kali ini telah berjaya mengukir sejarah yang tersendiri bagi kawasan Kinabatangan khususnya.
1. Sekalung tahniah dan ucapan penghargaan diucapkan kepada Ketua Urusan Ulama’ PAS Kawasan Kinabatangan, Ustaz Sabri Bin Jalpah serta seluruh jawatankuasa induk dan kecil, juga kepada seluruh jawatankuasa PAS kawasan serta mereka yang terlibat secara tidak langsung dalam usaha menjayakan muktamar DUPNS kali ke 21 dengan sempurna. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang dapat membalas tenaga, masa, wang ringgit dan segala keringat kalian.
2. Jutaan terima kasih juga dipanjangkan kepada Ustaz Haji Mohd Ali Jamil yang merupakan Ketua Urusan Ulama Wilayah Persekutuan kerana sudi bertandang ke Kinabatangan bagi merasmikan muktamar ini. Tidak lupa juga kepada seluruh peringkat kepimpinan Ketua Urusan Ulama Negeri Sabah dibawah pimpinan Ustaz Haji Mohd Mustaqim Aling dan kawasan disemua peringkat kerana telah memberi komitmen dan kerjasama yang amat baik.
3. Dikesempatan ini, saya bagi pihak seluruh ahli jawatankuasa PAS Kawasan Kinabatangan ingin mengucapkan takziah dan tahniah kepada saf kepimpinan Ketua Urusan Ulama PAS Negeri Sabah bagi sesi 2019-2021 yang akan diketuai oleh Ustaz Babar Abas.
4. Kejayaan muktamar kali ini adalah hasil daripada kesepaduan tenaga kerja semua peringkat yang bekerja dengan penuh ukhwah, hormani dan kebolehan memobilisasi jentera di peringkat akar umbi sehingga berjaya mengumpulkan jumlah peserta yang memberangsangkan.
5. Harapan yang lebih besar ialah muktamar ini dapat memberi ransangan dan momentum luar biasa kepada semua muktamirin disemua peringkat kawasan dan jawatankuasa pelaksana untuk benar-benar bersiap-siaga bagi menggapai matlamat perjuangan.
6. As-Syahid Dr. Abdullah Azam pernah berkata ‘jika berperang menegakkan Islam itu wajib maka persiapan untuk menghadapinya adalah lebih wajib’.
Siru ‘ala Barakatillah
Innah Bin Hj Tuton
Yang Dipertua PAS Kawasan Kinabatangan