ISLAM MEMIMPIN UNTUK PERPADUAN UMMAH
Oleh: Nik Nor Nadhirah
Pasir Gudang, 6 April 2019 : Kemuncak Karnival Ummah Johor Sejahtera bertempat di Pasti Al Kauthar 2, Taman Air Biru dimeriahkan dengan kehadiran ahli PAS dan UMNO.
Ceramah perpaduan menjadi acara kemuncak untuk karnival pada hari ini. Dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri Johor, Tuan Rosman Kemin.
“Islam memimpin untuk perpaduan ummah menyatukan perjuangan PAS-UMNO”.
Sedikit ucapan untuk pembukaan pada ceramah malam ini. Ceramah akan dihangatkan lagi dengan ceramah isu semasa oleh YB Ir Dato’ Iskandar Abdul Samad selaku Naib Presiden PAS Pusat dan Dato’ Seri Khalid Nordin, Naib Presiden UMNO Malaysia.
Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin dalam ucapan alu-aluan:
“Suatu lakaran sejarah tokoh-tokoh dua parti yang besar berada di satu pentas”.
Sementara itu, Noor Azleen Ambros, Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang turut hadir memberikan ucapan alu-aluan untuk ceramah perpaduan malam ini.