Roslan SMS
Demi kesatuan dan perpaduan ummah. Demi memartabatkan Islam dan mempertahankan aqidah. Demi membela nasib dan masa depan agama, bangsa dan negara.
PAS sanggup dan bersedia ke hadapan. Demikianlah perjuangannya selama lebih 60 tahun lalu.
PAS merintis kerjasama politik dengan Umno yang kini bersamanya dalam blok pembangkang atas dasar yang sama.
PAS setuju mempertahankan PM Tun Dr Mahathir dari ancaman kiranya ada undi tidak percaya dan diganti dengan kerajaan bertulang-belakangkan majoriti bukan Melayu Muslim juga atas dasar yang sama.
Dan PAS menolak langkah 16 September 2008 Anwar Ibrahim dulu untuk menggulingkan PM Dollah Badawi ketika itu dan menaikkan kerajaan pembangkang yang dominan wakil bukan Islam sesungguhnya juga atas dasar yang sama.
PAS istiqamah dan komited dalam menjunjung perjuangan ini.
Ia bukannya sesuatu yang baru.
INILAH PERJUANGAN PASRoslan SMSDemi kesatuan dan perpaduan ummah. Demi memartabatkan Islam dan mempertahankan…
Posted by Roslan on Wednesday, February 20, 2019