Home Berita PAS Perak

Rakyat Malaysia boleh berkunjung ke Tasik Bukit Merah | YB Hj Razman Zakaria

1424
SHARE

BUKIT MERAH – Kerajaan negeri di minta menyalurkan bantuan bagi memajukan Pusat Penjagaan Orang Utan di Pulau Orang Utan Tasik Bukit Merah di sini dalam usaha menjadikannya sebagai destinasi pelancongan yang terkenal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Haji Razman Zakaria, berkata pusat berkenaan yang diuruskan oleh Yayasan Orang Utan (YOU) di Tasik Bukit Merah, hanya mendapat bantuan daripada derma orang awam, selain daripada bayaran masuk yang dikenakan ke atas para pengunjung.

“Kos pengurusan untuk pusat yang dikendalikan oleh Yayasan Orang Utan Tasik Bukit Merah ini hanya bersumberkan derma orang awan dan bayaran yang dikenakan ke atas setiap pengunjung yang memang tidak mencukupi.


“Sehubungan itu, bagi memajukannya, pihak YOU sangat mengharapkan sokongan kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan ketika melawat pusat itu atas jemputan Pengurus Pusat Penjagaan Orang Utan berkenaan, Dr Sabapathy di Tasik Bukit Merah di sini baru-baru ini.


Razman yang juga Bendahari PAS Pusat, berkata YOU Tasik Bukit Merah adalah satu-satunya badan swasta di Asia Tenggara yang menguruskan pusat penjagaan orang utan.


Katanya 90 peratus daripada pengunjung-pengunjung ke Pusat Penjagaan Orang Utan di Tasik Bukit Merah itu adalah para pelancong dari luar negara, oleh itu usaha-usaha memajukannya wajar diteruskan supaya pusat itu turut menjadi destinasi tarikan para pelancong dalam negara.

YOU juga memiliki resort yang ada water park, ada cruise yang boleh dinaiki untuk menyusuri kawasan persekitaran dalam Tasik Bukit Merah di mana panorama sekelilingnya sangat menarik pemandangan yang lebih kurang Danau Toba di Sumatera, katanya.

“Selain itu di kawasan berhampiran juga terdapat hotel, chalet dan homestay di atas air, sama seperti di Pulau Pangkor dengan persekitaran yang sangat menarik.
“Rakyat Malaysia boleh berkunjung ke Tasik Bukit Merah sekiranya ingin melihat akviviti orang utan dan alam sekitar yang menarik,” katanya.