Home Artikel PAS Perak

PAS Pilihanku 2.0 | PAS Kawasan Lenggong

65 views
SHARE

Oleh Mohd Syamil Azhar.

LENGGONG – PAS kawasan memulakan kempen penambahan ahli seawal Januari 2019 apabila menerima 30 borang baru yang diserahkan kepada Yang Dipertuanya, Haji Razman Zakaria.
Ketua Penerangan, Mohmad Saidi Sabri, berkata kempen penambahan ahli baru pada tahun ini akan dipertingkatkan bagi memperkasakan PAS Kawasan Lenggong.
Katanya, bagi sepanjang tahun lalu hanya 66 ahli baru diluluskan permohonan kerana semua ahli menumpukan kerja-kerja menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.
“Pada tahun lalu tumpuan terarah kepada pilihanraya umum, kempen penambahan ahli tidak jadi agenda utama.
“Tahun ini kita akan pertingkatkan lagi bagi mencapai sasaran yang dikehendaki oleh negeri dan pusat,” katanya.
Penyerahan 30 borang itu dilakukan sempena program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS Kawasan Lenggong di Maahad Tahfiz Kampung Luat dekat sini Sabtu lalu.
Mohmad Saidi berkata, selain kempen penambahan ahli, PAS kawasan juga akan pertingkatkan usaha menubuh cawangan-cawangan baru.
Katanya, pada tahun lalu hanya satu cawangan berjaya ditubuh, iaitu di Kampung Beng menjadikan keseluruhannya 33 cawangan setakat ini di seluruh kawasan Lenggong.