16 Jamadil Awal 1440 H | 22 Januari 2019 | Selasa | 5.30 petang
Oleh: Nabihah Fauzi
Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan serta AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Tasek Gelugor (DMPKTG) hari ini mengadakan ziarah prihatin sekitar Tasek Gelugor.
Ziarah tersebut yang diketuai oleh Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPKTG, Puan Jarina Chek Omar menyantuni isteri Tok Siak Masjid Jarak Atas, Puan Normala Samsudin, 62.
Puan Norma atau lebih mesra dipanggil Kak Mah tinggal di Jarak Atas, kini mengidap penyakit kencing manis.
Seterusnya, ziarah prihatin ke Taman Cempedak menziarahi seorang kanak-kanak pengidap Wilms Tumour, Nur Syifa bt Abdul Malik, 4.
Rombongan ziarah prihatin DMPKTG menghulurkan sedikit sumbangan sempena ziarah tersebut.
Program Ziarah Prihatin ini merupakan program berkala dalam takwim aktiviti tahunan DMPKTG dan ianya program yang menzahirkan keprihatinan DMPKTG terhadap masyarakat terutamanya muslimat yang memerlukan.
Like & share
#MuslimatPrihatin
#caknakebajikan
#IslamMemimpin